Kreativiti dan keunikan cita rasa busana dan tekstil Melayu garapan Azah Aziz terungkai indah dalam Rupa dan Gaya: Busana Melayu. Budayawan negara ini begitu mencintai warisan Melayu. Lalu beliau mengambil daya usaha menghimpun dan mengumpulkan ciri-ciri, unsur-unsur, sifat-sifat, adat-resam dan artifak yang dirasakannya dapat memancarkan nilai-nilai keindahan yang menjadi warisan orang Melayu sejak zaman silam. Istimewanya karya ini digarap dan disulam bersama keindahan syair, pantun, gurindam, ungkapan dan pelbagai bahan bacaan kegemarannya. Minatnya dalam menelusuri bidang ini bagaikan lautan yang tak bertepi. Buku ini memancarkan warna-warni pengalaman dan jiwa peribadi pengarang. Karya ini bolehlah dianggap magnum opus beliau. Harapan pengarang semoga himpunan busana Melayu yang tidak ternilai ini dapat terus dipelihara.
Kandungan
Bab 1: Alam Melayu
Bab 2: Awan Melayu
Bab 3: Warna Mengerna
Bab 4: Kain ini Kain Nan Indah
Bab 5: Abadinya Kain Sarung
Bab 6: Busana Melayu
Bab 7: Busana Dewangga
Bab 8: Busana Perkasawan
Bab 9: Busana Persembahan
Bab 10: Hiasan dan Alatan
Bab 11: Mayang Mengurai
Bab 12: Busana dan RajahAzah Aziz
2009 | Penerbit UKM | ISBN 967-942-755-2 (Kulit Keras) | 376 hlm | Edisi kedua
This product was added to our catalog on Friday 26 June, 2009.