.

Sinema dan Penontonan di Malaysia

$9.00

Apa dan bagaimanakah unsur-unsur filem yang perlu diketahui oleh audien untuk membolehkan mereka benar-benar menghayati sesebuah filem yang ditontoni? Adakah sebuah filem itu bergantung kepada pelakon popular sahaja untuk menjadi box-office, seperti yang berlaku dengan filem-filem Melayu sekarang? Bolehkah kita mendidik/melatih penonton Malaysia untuk melihat sebuah filem secara holistik, iaitu menilai filem melalui unsur-unsur keseluruhan, seperti pelakon dan lakonan, pengarahan, cerita dan plot, komposisi dan pergerakan kamera, dan perkara-perkara lain sebelum mereka menimbang tentang kebaikan dan kelemahan filem yang mereka tontoni? Walaupun sejarah filem di Malaysia tidaklah lama seperti yang terdapat di dunia Barat, namun industri ini telah bertapak agaka lama juga jika dibandingkan dengan industri video dan televisyen. Walau bagaimanapun, industri ini boleh dianggap sebagai lembab kerana beberapa kelemahan tertentu, termasuk kekurangan kewangan, teknik, kemahiran dan bakat. Selain itu, audien sinema Malaysia adalah tidak kritis dalam menilai dan cita rasa mereka untuk menimbang, memilih dan membezakan antara filem-filem yang baik dengan yang lemah. Sehubungan itu, buku ini diterbitkan berasaskan kepada rasional bahawa peningkatan dan pemantapan sesebuah industri filem memerlukan audien yang boleh menghayati filem dengan lebih matang. Memandangkan beribu rakyat Malaysia membanjiri pawagam untuk menonton filem. Mereka harus dididik dan dilatih untuk menonton filem bukan sekadar memuaskan keperluan hiburan tetapi memahami tentang seni dan kemahiran yang diperlukan dalam pembikinan filem yang mereka tontoni itu. Buku ini mengandungi tujuh bab yang menyentuh tentang: (i) prinsip dan teknik menganalisis sesebuah filem; (ii) conton-contoh penganalisisan tiga filem Melayu; (iii) unsur-unsur yang mempengaruhi kandungan dan teknik filem tempatan; (iv) kandungan dan teknik pembikinan filem dua tokoh karyawan filem tempatan; (v) pembikinan filem bukan fiksyen, khususnya dokumentari; (vi) sikap dan harapan penonton di Malaysia; dan (Vii) teknik asas penerbitan filem.

Ramli Mohamed   |   Penerbit USM   |   982-861-230-8

Add to Cart:

  • Shipping Weight: 0.8lbs
  • 2 Units in Stock


This product was added to our catalog on Friday 02 October, 2009.

Your IP Address is: 38.107.191.104
Copyright © 2010 bukuMalaysia.com. Powered by Zen Cart | Red Passion theme by CssTemplateHeaven
Zen Cart

Valid XHTML 1.0 Transitional